Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadan! Ini 3 kelebihan yang patut anda tahu

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu besar pahalanya bersedekah tak kira bulan mana sekalipun tapi di bulan Ramadan ini ada ganjaran lebih buat umat Islam.

Tangan yang memberi adalah lebuh baik daripada yang menerima, apa salahnya berkongsi rezeki jika ada lebih buat mereka memerlukan.

Hari ini kita kongsikan ganjaran sedekah di bulan puasa menurut artikel dikongsikan Mufti Kedah.

Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadhan

Salah satu sebab Rasulullah SAW memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah karena bersedekah di bulan ini lebih dahsyat dibanding sedekah di bulan lainnya.

Diantara keutamaan sedekah di bulan Ramadhan adalah:

  1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam sama dengan jaminan syurga.

Puasa di bulan Ramadan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas kelipatannya. Sebagaimana dikhabarkan dalam sebuah hadits qudsi:

كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan, contohnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)

Kemudian solat malam, juga merupakan ibadah yang agung, jika didirikan di bulan Ramadan dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu, Rasulullah SAW bersabda:

من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

“Orang yang solat malam kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.37, 2009, Muslim, no. 759)

Ketiga amalan yang agung ini terkumpul di bulan Ramadan dan jika semuanya dikerjakan balasannya adalah jaminan syurga. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها أعدها الله لمن ألان الكلام وأطعم الطعام وتابع الصيام وصلى بالليل والناس نيام

“Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)

  1. Mendapatkan tambahan pahala puasa daripada orang lain.

Berpuasa sahaja sudah besar pahalanya tapi lepas bersedekah kita dapat pahala puasa orang lain juga. Contohnya berkongsi hidangan berbuka puasa dengan jiran tetangga.

Rasulullah SAW bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

Walaupun hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga biji kurma atau hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

“Rasulullah SAW biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamr (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi, 696)

Betapa Allah Ta’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan mendapatkan pahala begitu banyak di bulan yang penuh berkat ini.

  1. Bersedekah di bulan Ramadan lebih dimudahkan.

Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadan adalah bahawa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah.

Tidak dapat dinafikan bahawa manusia ini mudah terpedaya godaan setan yang sentiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan, syaitan berkata:

فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

“Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (Qs. Al A’raf: 16)

Sehingga manusia enggan dan berat untuk beramal. Namun di bulan Ramadhan ini Allah mudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana dikabarkan oleh Rasulullah SAW:

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

“Jika datang bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)

Dan pada realitanya kita melihat sendiri betapa suasana Ramadan begitu berbezanya dengan bulan lain.

Orang-orang bersemangat melakukan amalan kebaikan yang biasanya tidak ia lakukan di bulan-bulan lainnya.

Baca juga: Ini 4 peristiwa penting berlaku dalam bulan Ramadan yang anda patut tahu