Biasalah jika dikaburi perasaan sayang dan cinta maka pelbagai perkara sanggup dilakukan meskipun terlihat mustahil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan satu kes dimana remaja perempuan menaiki motosikal sejauh lebih 500 kilometer (km) untuk berjumpa kekasih.
Lebih mengejutkan remaja berusia 14 tahun itu ditemani seorang rakan lain dari Tumpat untuk ke Kulim, Kedah demi lelaki yang hanya dikenali di media sosial sahaja lapor Harian Metro.
Remaja tersebut dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki berusia 30-an bekerja sebagai buruh selepas membuat keputusan berjumpa meskipun baru kenal dalam tempoh sebulan atau dua bulan.
“Susulan itu, mangsa dirogol di satu kawasan di Kulim sebelum mereka pulang ke rumah.
“Kedua-dua remaja perempuan itu hilang selama empat hari menyebabkan ibu bapa masing-masing membuat laporan polis mengenai kehilangan anak.
“Selepas empat hari, kedua-dua mereka pulang ke rumah di Tumpat, namun motosikal yang dinaiki rosak di Gerik dan mereka meminta pertolongan sebuah kereta,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Katanya, selepas disoal ibu bapa, anak-anak mendedahkan kejadian itu sebelum laporan polis dibuat susulan remaja terbabit dipercayai dirogol.
“Selepas siasatan dijalankan, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan dirogol.
“Sehubungan itu suspek ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Justeru, saya menasihatkan ibu bapa supaya pantau pergerakan dan telefon bimbit anak masing-masing.
“Ini berikutan kita mengesyaki anak-anak suka tengok pornografi yang menjadi punca kes rogol,” katanya.
Baca juga: Ejen pelaburan direman kerana ugut, sebar gambar bogel cikgu yang juga madunya