Datin Shahida mohon maaf kepada Amira Othman dan Fattah

Oleh ROSLAN ZAMAN

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri hari ini memohon maaf kepada selebriti Fattah Amin dan Amira Othman atas ketelanjuran katanya dalam live tiktok.

Menurut Datin Shahida, dalam live suaminya baru-baru ini dia tersalah sebut berkenaan dengan gelaran ‘isteri’ kepada Fattah Amin iaitu Amira Othman.

“Saya mohon maaf kepada Fattah dan Amira kerana menyebut Amira isteri Fattah amin. Papa ni korang dia tak pandai nak cakap straight, dia tanya siapa isteri Fattah Amin..saya spontan sebut lah Amira Othman”

“tahu-tahu video tu dah viral..jadi saya minta maaf kepada Fattah dan Amira..”

Sebelum ini tular pengakuan pengurus kepada Fattah Amin yang mohon mendoakan yang baik-baik sahaja apabila ditanyakan tentang perkahwinan Fattah dan Amira Othman.

Fattah pada minggu lalu menafikan perkahwinan dirinya dengan Amira Othman akan berlangsung pada 25 Mei ini.

“Saya nafikan perkara itu. Tarikh perkahwinan tidak wujud.” katanya seperti dipetik Mstar.

Fattah dan Amira dilihat semakin mesra sejak banyak projek raya melibatkan mereka berdua. Ramai peminat mendoakan kebahagian kedua-dua selebriti itu.