David Beckam ‘belasah’ pemain MU tunjuk jari tengah di Malaysia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pada minggu yang lepas, isu pemain Manchester United Amad Daiallo dan Alejandro menunjukkan jari tengah kepada peminat Malaysia menjadi bualan hangat satu dunia.

Dalam satu temuramah, bekas bintang kelab itu David Beckam ternyata kecewa dengan pemain baru itu yang menunjukkan sikap buruk begitu.

Menurut laporan Kosmo, Beckam menyelar tindakan tidak beradab kepada peminat.

Saya merasakan banyak perkara yang tidak boleh diterima sebagai penyokong Manchester United… kebanyakan mereka bersikap kurang wajar terhadap peminat.

Kami dahulu sentiasa menghormati peminat tidak kira di mana kami pergi. Pemain sekarang tidak lagi faham erti bermain untuk Manchester United.

David Beckam dalam sejarah Manchester United merupakan antara bintang yang paling menyerlah dalam sejarah penubuhan kelab ternama dunia itu. Beliau banyak membantu MU mendapatkan piala utama termasuklah piala liga dan juara liga eropah.

Kini Beckam meerupakan pemilik sebuah kelab bola sepak ternama di Amerika Syarikat.

Baca: Bola sepak penganalisis penjual