Nama isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mula menjadi sebutan ramai setelah dituduh menganggu emosi bekas madunya, Puteri Sarah Liyana.
Puteri Sarah yang ketika itu masih bergelar isteri Syamsul mendakwa ada individu yang sengaja membuat puluhan akaun media sosial palsu untuk menganggunya.
Pelakon berkenaan bagai memberi bayangan bahawa individu di sebalik akaun palsu yang selalu meninggalkan komen menyakitkan hatinya itu adalah Ira Kazar.
Sekian lama mendiamkan diri, pemilik nama penuh Faghirah Fatini Kazaruddin itu akhirnya membuka suara untuk mempertahankan dirinya daripada terus dituduh.
Menerusi satu siaran langsung di akaun TikTok bersama isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, Ira menyangkal bahawa dirinya memiliki akaun palsu.
Bagi membuktikan bahawa tuduhan Puteri Sarah yang kini bekas isteri suaminya itu salah, Ira turut meminta Nilam untuk memeriksa sendiri telefon bimbit miliknya.
“Dekat mana aku buat akaun palsu? Cuba tengok telefon aku Kak (Nilam). Pantau sedikit telefon aku Kak,” kata Ira Kazar dengan tegas sambil menghulurkan telefonnya.
Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat Ira Kazar selepas ramai penonton siaran langsung menuntut untuk wanita berusia 28 tahun itu menjelaskan perkara yang sebenar.
Nur Nilam kemudian meyakinkan penonton bahawa Ira hanya memiliki satu telefon sahaja bagi memastikan orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi.
“Aku tahu Sarah orang baik. Ira pun orang baik. Cuma nak buat macam mana. Aku pegang telefon dia, Ira ada satu telefon sahaja,” jelas Nilam menjernihkan keadaan.
Menerusi sesi siaran langsung yang sama, Nur Nilam memaklumkan bahawa Ira Kazar datang bertemu dengannya untuk belajar memasak hidangan Tomyam.

Terdahulu, dakwaan mengenai akaun palsu itu dibuat Puteri Sarah Liyana pada bulan April tahun lalu iaitu sebelum Ira Kazar sah menjadi isteri kedua Syamsul.
Ira dan Syamsul kemudian mengejutkan rakyat Malaysia selepas didedahkan telah menikah di Selatan Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapanya iaitu pelakon, Kazar Saisi.
Susulan daripada pendedahan tersebut, bekas isteri pertama Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah kemudian memfailkan tuntutan cerai agar dirinya dilepaskan.
Baca juga: Berang anak habiskan data internet, ibu sanggup jirus air panas pada zuriat sendiri