Seorang lelaki telah berjaya menyita perhatian ramai baru-baru ini kerana sanggup membelanjakan wang mencecah RM64,000 untuk menggapai impian.
Tidak berminat untuk berkerjaya di dalam bidang profesional seperti doktor mahupun peguam, pemuda berkenaan malah bercita-cita untuk menjadi haiwan.
Membuat pendedahan yang mengejutkan, pemuda tersebut telah menyimpan keinginan untuk menjadi anjing semenjak kanak-kanak.
Sukar untuk menjelaskan mengapa dirinya memilih untuk menjadi haiwan, pemuda itu lebih selesa bercerita mengenai binatang pilihannya.
Menepati cita rasa, lelaki yang dikenali sebagai Toco di media sosial itu menganggap anjing adalah haiwan pilihan paling sesuai dengan kehendaknya.
Selain mempunyai minat yang begitu besar terhadap anjing, saiz dan ciri fizikal haiwan tersebut juga tidak jauh berbeza dengan manusia.
Oleh yang demikian, Toco membuat keputusan untuk membeli kostum berkualti tinggi demi menggapai impiannya untuk menjadi anjing.
“Impian ini (menjadi binatang) sudah lama, bahkan sejak saya masih kecil. Sukar untuk menjawab apa yang mendorong saya ingin menjadi haiwan.
“(Saya menjadi anjing) kerana ia adalah haiwan kegemaran saya. Selain saiznya, saya sangat sukakan haiwan comel yang berkaki empat.
“Saya memilih anjing baka Collie, saiznya juga mengikut badan saya,” kata Toco menerusi video yang dimuat naik di akaun Youtube miliknya.
Toco adalah seorang pemuda asal Jepun yang memiliki saluran Youtube memaparkan rakaman aktiviti sehariannya sebagai ‘seekor anjing’.
Difahamkan, Toco membelanjakan wang sebanyak 2 juta yen atau RM64,000 bagi memenuhi impian untuk memiliki sut realistik anjing baka Collie.
Memetik laporan South China Morning Post, syarikat pengeluar kostum, Zeppet mengakui mengambil masa selama 40 hari untuk menyiapkannya.
“Atas permintaan pelanggan, syarikat membuat model sut anjing. Kami menghasilkan semula penampilan realistik seperti seekor anjing berkaki empat yang sebenar.” Ulas Zeppet.
Baca juga: Rupanya senang je buat sendiri mi kuning tanpa mesin, tiada pengawet dan sedap pula tu