Tular mengenai isu ketiadaan air di restoran makanan segera, KFC cawangan Pasir Pekan, Kelantan hingga menyebabkan kesukaran kepada pekerja.
Seorang pengguna Facebook, Faizul Rohban membuat pendedahan mengenai masalah air pada 27 Jun lalu di laman ‘Info Semasa Wakaf Bharu’.
Di bawah adalah hantaran tersebut.

“Kepada pihak Air Kelantan Official dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tolonglah buat satu tindakan yang drastik akan masalah yang terjadi di KFC Pasir Pekan.
Hampir dua bulan ketiadaan air, menyebabkan operasi restaurant ini tidak dapat berjalan lancar.
KFC hanya mampu menyediakan produk untuk bungkus sahaja dan tidak benarkan makan di situ akibat ketiadaan air.
Sepatutnya kes ini perlu di beri perhatian kerana KFC membayar cukai pintu dan lesen perniagaan.
Dan sepatutnya juga apabila sesuatu syarikat besar masuk melabur di kawasan kita perlu lah memberi perhatian kepada mereka, kerana mereka membawa impak ekonomi setempat, seperti peluang pekerjaan, bayaran lesen yang saya katakan tadi.
Menurut pengurus KFC, apa yg dia boleh lakukan ialah setiap hari menelefon AKSB utk hantar air dgn lori dan jika dia tak telefon maka air pun tak di hantar.
Pengurus mula bimbang dh, esok dah cuti di Kelantan (semasa raya haji), jika pekerja AKSB juga bercuti maka tiada penghantaran air akan berlaku.
Esok orang mula ramai dengan kepulangan anak perantau jika masalah ini tak di atasi boleh membawa masalah pada perniagaan mereka.
Jika mereka mengambil keputusan untuk tutup kfc di kawasan ini berapa ramai pekerja kehilangan pekerjaan.
Dalam masa hampir dua bulan hanya boleh bagi alasan masalah air, tak akan tak ada cara nak atasi.
Kena maklum apabila satu restoran yang berstatus HALAL mereka melalui tatacara pengendalian standard (SOP) ketat, jika tiada air bagaimana mereka nak kekalkan status itu”.
DI Twitter pula, seorang pengguna memuat naik ciapan yang menyatakan KFC cawangan Pasir Pekan telah ditutup namun tiada info sama ada isu tersebut adalah benar.

Dalam tinjauan yang dijalankan menggunakan aplikasi makanan atas talian, orang ramai masih boleh membeli di cawangan tersebut.
Baca juga: Pemfitnah akhirnya bersemuka dengan Shuib, dakwa hanya ‘copy paste’ komen orang lain