Dengar je dapat wang RM250,000, terus diserbu saudara mara nak pinjam duit

Oleh KIM SYAZIE

Manusia ini bila dengar bab duit, yang tak pernah bertanya khabar pun tiba-tiba datang mengaku rapat dengan keluarga.

Seorang perunding kewangan, Ky Tee berkongsi kisah bagaimana klien diserbu setelah mendapat wang tunai RM250,000 hasil pembiayaan semula atau ‘refinance’ rumah.

Pada awalnya duit tersebut mahu digunakan untuk pelaburan hartanah, tetapi disebabkan ada yang tidak tahu malu maka wang tersebut ‘terpaksa’ dipinjamkan.

“Klien ini beritahu ibu bapanya dia dapat wang tunai RM250,000 daripada ‘refinance’, mana dia tahu ibu bapa beritahu saudara-mara mereka.

“Maka ramai saudara-mara datang minta tolong untuk pinjam wang.

“Dia dah beri pinjam sebanyak RM15,000 kepada saudara-mara. Semalam dia dapat lagi panggilan daripada seorang anak saudara kata nak pinjam RM3,000 lagi,” katanya pada hantaran Facebook.

Baca Artikel Penuh