Jagalah hubungan antara ipar duai untuk menguatkan satu keluarga besar dan bukannya sibuk mengata di belakang.
Sikap talam dua muka inilah yang paling banyak menyebabkan kehancuran dan pergaduhan dalam keluarga besar.
Seorang wanita tidak menyangka perubahan sikap mentua adalah disebabkan mulut ipar duainya sendiri.
Aku dah berumah tangga lebih dari 10 tahun dan mestilah banyak lagi ruang yang perlu aku baiki.
Anak pun dah makin membesar alhamdulillah. Dapat suami yang sangat menyokong antara salah satu rezeki buat aku.
Ingin aku kongsikan cerita aku agar kita boleh berkongsi rasa supaya kita tak merasa sendiri dalam menghadapi masalah.
Aku antara disayangi dikeluarga mentua. Kerana sikapku yang peramah pemurah. Rajin masak rajin pergi bercuti bawa mentua.
Bukan nak angkat bakul sendiri tapi ini adalah ilmu yang ibu aku turunkan. Aku layan keluarga mentua persis suami aku memperlakukan keluarga aku.
Layanan suami aku terhadap keluarga aku skor dia A+. Dunia memang terasa sangat indah. Tapi suami aku kerap ingatkan aku supaya jangan berlebihan dalam memberi ruang kepada keluarganya.
Dia lebih mengenali mereka lebih dari aku. Sampai satu saat Allah bagi aku cukup tempoh waktu untuk bersama keluarga mertua. Aku dilanda ujian.
Difitnah dan dilemparkan segala tohmahan oleh keluarga mentua. Tidak ku sangka ibu mentua yang baik rupanya dah makan dibelakang aku.
Kalau orang tua itu bercerita aku anggap jela nama pun orang tua. Jadilah pendengar terbaik tatkala dia bercerita. Kerana itu la sifat ibu ayah kita kan.
Saat aku sedang menghadapi titik terbawah dalam hidupku. Alhamdulillah Allah beri aku suami yang baik suami yang sentiasa ada disisi.
Suami yang tatkala aku beri dia pilihan pergilah kepada ibu dan keluarganya, dia tetap teguh bersamaku.
Katanya orang yang memilih untuk diam bukan berarti dia kalah. Tapi biarkan Allah sahaja yang mengadili. Memang rasa dunia dah terbalik.
Sakit sangat bila kita yang pernah disayangi dalam tempoh singkat semuanya berubah. Aku ada dua orang pembantu. Aku cuba tanya kepada mereka.
Apa salah aku. Di mana kekurangan aku dalam melayan mertua ku. Makan pakai semua cukup.
Rupanya pembantu rumah ku bercerita yang ibu mertua sering memburukkan aku. Setiap masa.
Aku panggil bibik aku untuk bersemuka dengan suamiku agar mereka cerita sendiri apa yang mereka alami.
Biar suami tidak berkata aku membuat cerita. Suamiku adalah suami yang baik mempunyai pekerjaan yang baik.
Mendidik keluarga dan anak-anak juga tiptop. Semestinya suamiku lahir dari didikan yang baik. Tapi kenapa mentua ku bersikap sebegitu terhadap isteri kepada anaknya.
Hilang akal aku pada masa itu. Dengan sikap mentua begitu ditambah dengan ipar duai aku yang menuduh tanpa bukti.
Menghina dan melemparkan kata-kata nista membuat dunia aku gelap. Aku bertahan. Aku bertahan kerana ada suami yang mendakap aku erat.
Aku dari menjadi menantu yang disayangi menjadi menantu yang dibenci hanya kerana rekaan cerita dari iparku.
Sungguh dikala itu hanya Allah tempat aku adukan segala hal. Hanya Allah tempat aku lemparkan segala tangisan.
Hanya Allah tempat aku letakkan segala harapan. Aku ingatkan diri aku. Terjadinya perkara ini kerana Allah ingin kita sentiasa dekat dengannya.
Benda takkan terjadi tanpa izin Allah. Dan apabila Allah uji pasti ada jalan keluar. Setahun hidupku berlinang airmata.
Setahun hidupku mengenang apa kesalahanku sampai begini pengakhiran. Hatiku semakin pulih dan semakin kuat. Ditahap awal tidak ku maafkan mereka dunia dan akhirat.
Sampai saat ini tiada kata maaf dari pihak sana. Jauh sekali aku datang menghulurkan kata maaf. Kerana sedikit demi sedikit Allah menutup ruang mereka di dalam hatiku.
Selepas itu aku mula memaafkan perbuatan mereka terhadapku. Dan dari situ ketenangan dan kedamaian hati datang. Indah rasanya.
Seperti satu beban atas dada yang menyesakkan, tapi beban tu dah takde. Lancar semuanya.
Memaafkan perbuatan yang memberi impak positif kepada diri kita dan tindakan kita.
Aku maafkan tapi untuk aku bersama kembali sudah tiada ruang. Ruang dihatiku cukup buat suami dan keluargaku selain orang yang sentiasa menghargaiku.
Baca juga: “Dengan tak malunya penyondol telefon, suruh aku pujuk suami kahwin dengan dia”