Di mana mereka yang dulu tuduh kerajaan ‘jual aset orang Islam’ dalam TH?

Oleh ARIF ATAN

Satu lagi pelaburan Tabung Haji (TH) dalam sektor minyak dan gas (O&G) yang gagal ialah TH Heavy Engineering yang mungkin akan delisted. Saham tinggal 1 sen sahaja.

Nampaknya, venture TH dalam sektor ini banyak yang gagal. Tidak lama dulu Perisai Petroleum yang di antara major pemegang saham ialah TH telah dinyahsenarai.

Syarikat O&G yang lain di mana TH adalah merupakan major shareholders adalah Alam Maritim (sekarang 3.5 sen), Dayang (92 sen), Reach Energy (7 sen), Icon Offshore (11 sen) dan Boustead Heavy Industries (49 sen).

Dengan kenaikan harga minyak sekarang, sepatutnya syarikat-syarikat ini telah menunjukkan peningkatan, tetapi itu tidak berlaku.

Bayangkanlah jika semua syarikat ini masih di bawah TH dan tidak dipindahkan di bawah UJSB oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan kerajaan dahulu.

Pastinya kerugian semua syarikat O&G ini akan memberi kesan kepada TH dan seterusnya kepada pulangan dividen.

Di manakah mereka yang dulu menuduh kerajaan ‘menjual aset orang Islam’ di dalam TH? Manusia celaka ini membuat fitnah tanpa ada ilmu dan fakta yang tepat, dan lebih celaka apabila fitnah ini diucapkan di atas mimbar masjid.

Mungkin yang perlu disiasat juga ialah mengapa TH telah menjadi white knight (atau mungkin dipaksa) untuk membeli saham syarikat-syarikat O&G ini yang sedang mengalami kerugian ketika itu?

Siapakah yang membuat keputusan untuk TH menjadi white knight?