Di sebalik pulangan 5 peratus ASB

Oleh NASUHA RAHMAN

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang sedang gayat dengan menara Merdeka 118, mengisytiharkan pengagihan ciput 5 sen seunit bagi pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Walaupun ekonomi negara diuar-uarkan telah mula pulih tahun ini namun kadar pulangan ASB sama seperti tahun gelap 2020.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini, ia mengumumkan pendapatan (dividen) sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.

Mohon izin bertanya kepada Pengerusi PNB, Arifin Zakaria (Tun) dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zulqarnain Onn, dengan adanya Merdeka 118 ada “chance” ka pelabur dapat pulangan lebih tinggi tahun depan dan tahun-tahun seterusnya? Menara tinggi, dividen pun kenalah tinggi juga!

Kemudian nak tahu juga apa kesan “poor investment call” yang membabitkan beberapa buah kaunter minyak dan gas, khususnya Sapura Energy Berhad?

Kalau betul tolong jawab. Kalau salah saya susun jari sepuluh minta ampun dan maaf. Betulkah PNB belanja RM2.7 bilion untuk miliki 40% saham dan RCPS Sapura Energy yang sekarang khabarnya bernilai RM320 juta saja? Nilai saham Sapura Energy semalam 4.5 sen satu. Kalau pertanyaan saya ni betul, PNB telah rugi lebih RM2 bilion kerana Sapura Energy.

Minta maaf ganggu Pengerusi Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar (Tan Sri). Bukan apa, cuma masa keputusan pelaburan besar dalam Sapura Energy dan Merdeka 118 dibuat dia adalah Presiden/ CEO PNB. Kalau tak silap lah.

Satu lagi nak tanya. Betulkah Sapura Energy pun pinjam banyak daripada Maybank? Maybank ni milik PNB juga. Kalau betul, nampak macam ada sumbang mahram korporat pula. Pi mai pi mai tang tu!

Mohon maaf sekadar meminta pencerahan sebagai pelabur dan penyokong tegar ASB sejak skim amanah saham PNB dilancarkan pada tahun 1981. Saya buat laporan pelancaran itu di Batu Pahat dan Benut, Johor untuk akhbar Business Times. Jadi “No malice intended” lah.

Wallahuaklam. Terima kasih.