Seorang pemilik akaun Facebook, Baharuddin Mohamed atau lebih dikenali sebagai coach Bahar ada berkongsikan kepada orang ramai tentang sikap orang di United Kingdom (UK) yang boleh dijadikan renungan dan contoh untuk masyarakat kita hari ini.
Dia yang pernah tinggal di UK menceritakan bahawa makanan asas penduduk di sana adalah berasaskan roti.
Jadi kerana itu, pihak pengilang mengeluarkan dua jenis roti dengan warna bungkusan yang berbeza dan juga harga berbeza untuk memastikan penduduk yang tidak berkemampuan, boleh medapatkan roti dengan harga yang sangat murah.
“Di kedai ada dua jenis roti. Satu plastik warna putih dan satu plastik warna biru. Harga sebuku roti plastik warna biru adalah £1. Roti bungkus plastik warna putih adalah £0.40
“Apa beza dua roti ni. Ada 2 perbezaan. Satu, warna plastik bungkusannya. Yang kedua, harganya. Satu murah dan satu mahal. Rasanya adalah sama.
“Tetapi roti warna putih adalah roti subsidi dan dibeli oleh orang kurang berduit. Roti bungkus warna biru untuk mereka yang mampu. Rotinya dijual di rak-rak bersebelahan,” katanya.
Walaupun begitu katanya moral orang UK boleh dijadikan contoh kerana walaupun ada kedua-dua roti berkenaan yang dijual secara bersebelahan di atas rak, mereka yang mampu tidak akan membeli roti dalam plastik putih.
Bahkan kualiti roti juga tidak direndahkan untuk rakyat mereka.
“Hebatnya. Jujurnya mereka orang yang mampu tidak membeli roti plastik putih. Juga mereka tidak rendahkan kualiti roti plastik warna putih untuk rakyat mereka.
“Belajarlah sesuatu dengan cerita ini,” titipnya lagi.

Baca juga: Syukor Burger, restoran tempatan pertama buka cawangan pandu lalu di JB sebesar McDonald’s!
Baca juga: Terbaru peniaga tunjuk keadaan Malakat Mall penuh dengan pengunjung, mana ada kosong!