‘Dia seorang masuk syurga, kamu kena bakar’, wanita sempat ceramah lepas tak dapat derma

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai reaksi dan gelagat peminta sedekah dapat dilihat dalam video tular di media sosial, ada yang marah malah sempat ceramah apabila tidak mendapat wang.

Menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok @tenangisgood.420, seorang wanita menyatakan bahawa sedekah boleh menyebabkan kita masuk syurga.

Namun apabila tidak diendahkan dia tetap mengulang ayat tersebut sehingga ada seseorang yang menghulurkan duit.

Pada saat itulah satu ayat pedas dilemparkan kepada mereka yang tidak memberinya duit.

“Dia satu orang sahaja masuk syurga, kamu kena bakar. Masuk kamu ke penjara di langit,” ujarnya dalam video tersebut.

Rata-rata warganet hanya mampu ketawa dengan sikap mak cik itu malah mendoakan dirinya untuk terus sihat.

Mudah-mudahan mak cik sihat selalu dan murah rezeki. Amin,” ujar pengguna TikTok.

“Kesian mak cik ni, kalau siapa nampak (jumpa) dia bagi sahaja duit berapa yang mampu. Keisan dia.

“Memanglah siapa sedekah dapat pahala, mak cik tu cakap ada betulnya,” antara komen pengguna lain.

Baca juga: Pekerja farmasi cemas, pelanggan buat ‘hal’ selamba buka seluar demi minta ubat