Bukan senang apabila diri dijadikan contoh teladan oleh orang ramai sedangkan individu itu sendiri dalam fasa belajar menjadi lebih baik.
Memilih untuk menjaga kata-kata, pelakon Nora Danish mengakui merasa tekanan apabila ada yang menjadikan dirinya sebagai artis contoh lapor Berita Harian.
“Iya, saya sangat tertekan. Ada suatu masa, bukan hanya peminat, sebaliknya, kawan juga labelkan saya ustazah. Saya tidak tersinggung, sebaliknya, saya aminkan.
“Cuma kadang-kadang, kesilapan kecil yang saya buat, mereka anggap tidak mengapa sebab konon saya mulia.
“Sebenarnya tidak, setiap orang, akan buat silap, termasuklah ustaz. Saya percaya diri ini akan diberi ujian berat suatu hari nanti.
“Namun, saya harap boleh hadapinya,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Dalam pada itu, Nora sejak dua menjak ini sibuk menggantikan solat selepas mempunyai masa lapang.
“Sekarang saya tekankan kepada anak-anak di mana jika mereka tinggalkan solat, mereka masih perlu menggantikannya.
“Sekarang, setiap kali saya solat fardu, saya akan tambah dengan solat qada hingga tamat hidup saya. Pada awalnya, saya menangis sebab penat.
“Namun, lama-lama, saya okay dan jadi ketagih. Tetapi, saya takut hendak cakap lebih-lebih,” tambahnya.
Baca juga: Dituduh ajar anak cakap ‘saya tak sayang Daddy’, ini respon Fazura – “Biarlah mereka nak fitnah”