Didakwa hamilkan wanita, pelakon muda tampil keluarkan kenyataan

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai kes seorang pelakon muda yang dikatakan menghamilkan seorang wanita selepas mangsa tampil membongkar sisi gelap lelaki tersebut.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Aniq Suhairi tampil membersihkan kembali namanya di Instagram.

Aniq memaklumkan bahawa wanita tersebut cuba merosakkan reputasi dan nama baiknya di media sosial.

“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” ujarnya di Instagram.

Tambahnya, Aniq tidak dapat memberi komen lanjut atas nasihat peguam dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.

“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” katanya.

Wanita tersebut bagaimanapun dilihat tidak gentar akan kenyataan dikeluarkan pelakon tersebut.

“Ya mestilah dia keluakan kenyataan tapi saya tak takut. Dia daraipada keluarga kaya jadi dia boleh nak selesaikan isu ini sebab itu saya naikkan semua di sosial media,” katanya.

Baca juga: Shila dedah kekasih Syafiq Amzah dah setahun duduk di banglo miliknya, beri tempoh sampai hari ini untuk keluar