Dihantar ubat gigi ekstrak daun ganja, ini respon Rafizi

Oleh MALAYSIADATELINE

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak mengenali pihak yang bertanggungjawab menghantar bungkusan yang berisi ubat gigi ekstrak daun ganja, yang dihantar ke alamatnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Meranti, Jumaat lalu.

Beliau berkata bungkusan tersebut, telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua-dua kami tidak ambil ganja, jadi itu pembaziran dan bungkusan itu sudah dihantar ke polis,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ekstrak ganja yang dialamatkan kepadanya dan perdana menteri

Semalam Polis Sepang memaklum telah merampas bungkusan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada Rafizi dan Anwar di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan  seorang petugas pejabat kerajaan di sini  yang menerima panggilan menyatakan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik berkenaan.

Baca Artikel Penuh