Diiktiraf pemain ke 3 paling bernilai, nilai pasaran Arif Aiman meningkat lagi

Oleh KIM SYAZIE

Pemain muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini dilaporkan menjadi pemain ketiga termahal dalam kelab itu.

Tonggak berusia 22 tahun itu baru sahaja selesai tugasan untuk membantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Memetik portal makanbola, nilai Arif Aiman kini mencecah 550,000 USD (RM2.6 Juta) dan menjadi tonggak ketiga paling bernilai dalam Harimau Selatan.

Nilai itu berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt.

Pemain termahal JDT kini disandang oleh kapten pasukan, Jordi Amat yang dinilai pada tanda harga 800,000 Euro (RM3.8 Juta).

Tonggak kedua paling bernilai di bawah kendalian Hector Bidoglio ialah perancang tengah, Iker Undabarrena pada tanda harga 700,000 Euro (RM3.3 Juta).

Nilai pasaran Arif Aiman mencatatkan perbezaan ketara dengan Akhyar Rashid yang bernilai USD 200,000 atau RM 973,180.

Baca juga: Patutlah syarikat milik Khairul Aming tiada tawaran kerja kosong, rupanya ini puncanya!