Dikebumi 29 tahun lepas, anak terkejut lihat lelaki tua persis bapa pulang ke rumah

Oleh KIM SYAZIE

Alam ghaib itu tetap wujud walaupun tidak dilihat mata kasar, ramai yang hilang dan muncul semula selepas beberapa tahun.

Namun berita mengenai lelaki yang dikebumi pada tahun 1984 ini mengejutkan ramai, apabila tuan empunya diri pulang semula ke rumah 29 tahun kemudian.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2013 di Kampung Pijot, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

@rizky_aul SUDAH MENINGGAL 29 TAHUN YANG LALU TETAPI HIDUP KEMBALI⚠️#informasi #fyp ♬ suara asli – Rizky Aulia

Lelaki tua yang dikenali sebagai Haji Faisal pulang ke rumah dalam keadaan sihat sehingga menyebabkan anak-anak sendiri merasa pelik.

Siapa sahaja akan mempercayai kata-kata lelaki tua namun wajah dan tanda lahir sangat mirip dengan Allahyarham bapa mereka.

Malah Haji Ilyas mengetahui susur galur dan nama setiap ahli keluarganya selain tahu mengenai keududukan pokok kelapa di belakang rumah mereka.

Lelaki tersebut juga menceritakan bagaimana dia mengikut sebuah jalan dengan cahaya berwarna-warni sehinggalah ‘termasuk’ semula ke dunia.

Dek kerana terkejut dengan ‘kembalinya’ Haji Faisal, rumah mereka dipenuhi tetangga yang pernah menyaksikan pengebumian lelaki tersebut.

Baca juga: Hati-hati bila dapat mesej jemputan kenduri, taktik baru ‘scammer’ nak curi duit?