Dikecam sebab portion kambing sikit, rasa tak sedap, ini respon Zara Zya

Oleh MALAYSIADATELINE

Bila berniaga terutamanya dengan produk makanan pastinya tak semua bersetuju dengan produk dijual kerana masing-masing ada cita rasa tersendiri.

Apatah lagi produk yang dijual selebriti, ramai akan memberi tumpuan lebih dek kerana status mereka, ramai menganggap produk mereka kena sempurna.

Dalam satu hantaran yang sudah dipadam di Facebook, seorang pelanggan Noremah mengkritik portion kambing yang dijual pelakon Zara Zya.

Kambing Zara Zya, 150 gram (g) sekali dengan kubis sebab lepas buang sayur tinggal 130 g je.

“Rasa dia 1/10. Masa beli memang tak boleh tengok isi sebab dia dah siap letak dalam bekas, kita tunggu bayar sahaja,” ujar Noremah di Facebook.

Tidak menunggu lama, Zara Zya tampil membalas kenyataan dikeluarkan pelanggan tersebut dan memaklumkan dia akan mencuba perbaikinya.

“Terima kasih untuk semua komen. Apa yang tak baik saya akan perbaiki. Kalau nak yang solid, puas hati. Beli yang frozen punya ya. RM59 untuk 1.2kg kilogram (kg).

“Tak ada sayur kubis yang potong macam orang malas dan sos pun asing. Kubis tu saya potong sendiri secara manual.

“Kalau tak sedap, tak apa, jangan beli lagi. Tapi janganlah hasut orang lain pula ya,” ujar Zara Zya dalam hantaran berasingan di Facebook.

Rata-rata netizen bersetuju kerana tak semua mempunyai deria rasa yang sama malah meminta pelanggan tersebut untuk mesej terus kepada penjual.

“Aku kalau bab makan, kalau sedap memang aku akan beli tapi kalau tak kena dengan tekak sendiri memang itulah kali terakhir. Biarlah orang lain rasa sendiri, mana tahu sedap di tekak mereka.

“Yang suruh beli kambing perap dalam pack tu memanglah sedap sebab perap lama, ini penjual dah siap masakkan, mesti kena fikir kos lagi. Kalau tak sedap, pergi bisik terus dekat penjual.

“kalau tak sedap pun janganlah sebarkan, bagitahu dekat tuan badan. Mungkin tak kena dengan selera itu yang jadi kurang sedap. Tekak manusia lain-lain,” antara komen netizen.

Baca juga: Ramai puji penampilan baru Tun Dr Hasmah, nampak lebih muda pakai tudung bawal