Dikenali ramai artis, bekas wartawan hiburan ini rupanya berstatus asnaf

Oleh MAISARAH AISYA

‘Kita terjah’ adalah satu tagline yang sering dikatikan dengan bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad yang sring muncul di kaca televisyen satu ketika dahulu.

Kini dia reda memegang status asnaf dalam kategori ‘miskin bandar’ selepas tidak bekerja kerana menghidap penyakit jantung.

Menurut Harian Metro, kehidupan keluarga bekas wartawan Melodi itu bermula sejak pandemik tahun 2020 apabila dia sudah berhenti berkhidmat dalam dunia penyiaran.

“Selepas berhenti kerja di stesen TV, saya buka studio produksi di Shah Alam untuk menghasilkan ‘content’ YouTube dan menerbitkan program hiburan yang seiring bidang kemahiran saya.

“Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, semua kerja perlu dibuat dari rumah dan studio produksi ditutup, namun sewa bulanan tetap perlu dibayar walaupun PKP,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Nas turut memaklumkan pernah berniaga makanan bersama keluarga sebelum berhenti kerana masalah jantung pada Januari tahun lalu.

“Tapi, sekarang dua anak saya bekerja di kedai serbaneka dan sedikit sebanyak membantu pendapatan keluarga, selain mendapat bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS),” katanya.

Tambahnya dia sebelum ini merasa serba salah untuk berkongsi kisah hidupnya kerana tak mahu dianggap meraih simpati.

“Sejujurnya, realiti sebenar kehidupan saya memang tidak senang seperti ‘popularnya’ nama saya dulu. Mungkin orang ingat, Nas Ahmad yang dikenali ramai artis, hidup mewah,” ujarnya.

Baca juga: Tertekan dengan isu Palestin, Neelofa akui bekalan susu badan terjejas akibat gangguan emosi