‘Diknon, ini namanya kau yang cari bala’ – Netizen marah pengguna beli jenama baju kurung bermasalah

Oleh KIM SYAZIE

Setiap tahun pastinya ada aduan mengenai baju raya dari jenama terkenal yang dibeli pada harga ratusan ringgit namun kualiti tidak setanding harga.

Walaupun sudah melihat pelbagai maklum balas mengenai kualiti yang teruk, masih ada yang sanggup menambur duit terhadap jenama tersebut.

Seorang pengguna Twitter @IniAlalalannn mempersoal mengapa masih ada yang berpura-pura tersakiti sedangkan saban tahun jenama tersebut bermasalah.

“Tiap tahun jenama sama ysng buat hal, tapi jenama tu juga hampa (anda) hadap sangat tergedik-gedik nak beli.

“Lepas tu mengadu itu ini. Diknon, ini namanya kau yang cari bala. Salahkan diri sendiri sebab gatal pergi beli dekat jenama yang bermasalah,” ujarnya.

Salah seorang pengguna lagi, @TyraYusoff membalas ciapan tersebut dengan menyatakan bahawa wanita tersebut membeli koleksi tahun lepas.

“Kalau tak silap, baju tu koleksi tahun lepas. Nampak sangat semua corak lama yang mereka tak sempat keluarkan. Benda dah terperam hampir setahun kot.

“Tolong semak sebelum beli, Saya sendiri dan batalkan pesanan dengan jenama ni. Dengan saiz besar tambahan corak terlau sarat,” tambahnya.

Daripada menghabiskan wang terlalu banyak untuk baju yang kadangkala hanya dikenakan sekali setahun, lebih baik beli yang harganya lebih murah.

Baca juga: Isi ayam dah busuk dan masih berdarah, wanita kecewa ada peniaga sanggup jual lauk begini

Baca Artikel Penuh