Dipaksa kahwin, pemuda 30an nekad larikan diri dari rumah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda asal Tampin bertindak melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan tekanan dari ibu bapanya.

Hampir dua tahun hilang tanpa khabar berita, pemuda itu dipercayai sudah muak dengan gesaan orang tuanya untuk berkahwin.

Mungkin belum bersedia menamatkan zaman bujang, pemuda itu nekad keluar rumah dan mencari pekerjaan lain.

Bapanya, Ti Kai Heng kini merayu agar anaknya itu pulang ke rumah dan lupakan perselisihan faham yang telah berlaku.

Walaupun telah membuat laporan polis, bapanya itu masih risau akan keselamatan anak terunanya itu.

“Anak kedua daripada empat beradik itu keluar dengan membawa beg pakaian untuk bekerja di lokasi tak diketahui.

“Mungkin sebelum ini saya kerap menyuruhnya berkahwin dan sanggup memberi duit tetapi dia tidak bersetuju,” kesalnya.

Menurut Kai Heng, perbincangan itu bertukar dingin hingga berlaku perselisihan faham dan semenjak daripada itu, anaknya tidak pernah pulang.

Katanya, Ti Kok Ching yang berusia 32 tahun itu juga tidak pernah menjawab panggilan telefon sejak menghilangkan diri.

Kai Heng berharap, anaknya itu tidak menjadi mangsa dalam sindiket penipuan kerja di luar negara.

“Tahun lalu ada surat insurannya sampai ke rumah. Saya yakin anak saya ada di negara ini.” Harapnya.

Baca juga: TikToker Islam sanggup makan kulit babi hanya sebab ‘content’ sahaja