Dipecat sebab selalu tak hadir pada Isnin dan Selasa, pekerja terima pampasan lebih RM18,000

Oleh KIM SYAZIE

Selalu ambil cuti pada hari Isnin dan Selasa, seorang pendandan rambut di London dipecat oleh majikannya.

Celine Thorley bagaimanapun mendapat keadilan apabila mahkamah mengarahkan majikannya membayar pampasan 3,453 pound sterling (RM18,406).

Menurut Metro UK, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.

Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus.

Thorley, secara keseluruhan, dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa untuk bekerja di Acute Barbers di Cardiff University Students’ Union.

Tribunal diberitahu Thorley yang wanita itu tidak dapat hadir kerana senggugut dan majikan memberi alasan dia mengambil cuti lebih banyak berbanding pekerja lain.

Baca Artikel Penuh