Disuruh buka tudung gara-gara ‘style’ dikenakan, Yuna minta ‘haters’ unfollow, anggap ia toksik

Oleh MAISARAH AISYA

Orang ramai dilihat terlalu menghakimi individu lain hingga meninggalkan komen yang tanpa sedar menyakiti hati seseorang.

Berselindung di sebalik akaun media sosial palsu, ada yang gemar menaikkan kemarahan ramai untuk kesenangan hati sendiri.

Terkenal dengan gaya tudung yang unik, penyanyi Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai penat dengan komen ditinggalkan sesetengah individu.

Jelasnya. meskipun pendapat itu boleh diberikan kepada sesiapa tidak semestinya individu tersebut perlu meninggalkan komen yang menyakitkan hati.

“Orang suruh saya untuk mengabaikan komen ini tetapi isu ini perlu diketengahkan, lihat apa yang jadi pada masyarakat kita.

“Kita terlalu membenarkan mereka bebas berkata-kata kerana mereka fikir mereka ada hak untuk melakukan perkara sedemikian,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Tambahnya penyanyi berusia 37 tahun, dia sudah berada dalam industri seni selama 15 tahun tapi masih ada komen mengenai gaya dikenakannya.

“Ramai yang tinggalkan komen yang kasar, kejam, maklum apa yang perlu dipakai atau hanya ‘tanggalkan tudung tu’ dan menilai saya tanpa meletakkan diri dalam posisi ni.

“Ada perkataan untuk mereka, iaitu TOKSIK. Bukankah kita diajar untuk mengasihi satu sama lain?

“Anda mahu doa (berdoa) untuk saya, hei saya doa untuk anda juga ok? Semoga anda memberi tumpuan kepada memperbaiki kehidupan anda dan jaga iman.

Pada masa sama Yuna meminta mereka yang kerap meninggalkan komen negatif untuk tidak mengikutinya di media sosial.

“Tolong ‘unfollow’ saya kalau rindukan Yuna yang lama, sedangkan anda semua tidak pernah mengenali saya yang sebenarnya,” jelasnya.

Baca juga: Mydin buat hal, jual burger ‘cukup sifat’ dengan harga 67 sen – “Isi kalah stadium punya!”