Ditahan reman berhubung kes tular, pelawak dan isteri beri kerjasama

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai seorang pelawak dan isteri yang direman dua hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan.

Kes dikatakan melibatkan penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.

Tidak mahu berdalih, pelawak Mamat Sepah mengakui dirinya dan isteri, Nordiana Ibrahim adalah individu yang direman lapor Harian Metro.

“Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular baru-baru ini.

“Alhamdulilah, keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan lagi,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pada masa Mamat memaklumkan dia dan isteri memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis serta tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

“Saya dan isteri juga sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan.

“Tak tiada timbul sebarang isu atau masalah lain.

“Untuk perkara itu, saya berasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang,” tambahnya.

Bagaimanapun, Mamat dan isterinya juga sudah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris berkata, kes berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak polis dan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi.

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

“Proses siasatan masih dijalankan dan saya menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis,” katanya.

Baca juga: Demi ‘show off’ pada rakan, pemuda gaji RM4,000 tanggung hutang tinggi beli Honda Civic RM100k