Tular di media sosial mengenai seorang petinju dari Algeria, Imane Khelif yang dituduh ‘transgender’ hanya kerana lawannya menarik diri beberapa 46 saat pertandingan bermula.
Malah banyak nama besar yang mengecam dirinya di sosial media kerana menyebelahi pihak lain.
Itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Imane untuk meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
“Saya adalah wanita seperti wanita lain di luar sana. Saya dilahirkan sebagai seorang wanita dan hidup seperti wanita yang lain juga tapi.
“Tetapi ada musuh yang tidak puas hati terhadap kejayaan dan mereka tidak dapat menerima kejayaan saya,” ujar Imane.
Pada masa sama Imane berkongsi dia bekerja keras selama lapan tahun demi pingat emas di sukan olimpik.
“Saya sangat gembira. Selama lapan tahun ini adalah impian saya dan kini saya adalah juara Olimpik dan pemenang pingat emas.
“Saya telah bekerja keras selama lapan tahun, tanpa tidur, lapan tahun penat. Kini saya adalah juara Olimpik,” kata Imane, 25.
Imane memperoleh kemenangan dengan keputusan sebulat suara menewaskan Liu Yang dari China dalam final 66kg wanita.
Dalam pada itu, Imane mengimbau kembali zaman mudanya yang dibuli kerana menyertai sukan tinju malah perkara tersebut tidak disokong bapanya.
“Saya sebolehnya mahu memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Algeria,” katanya.
Baca juga: Nilai pasaran Arif Aiman kini jauh tinggalkan Akhyar Rashid, cecah lebih RM2.6 juta