Doktor hairan perut bayi 38 hari terlalu kembung, bila periksa rupanya usus tersumbat punca dari ibu beri makan kurma

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini seorang doktor ada berkongsikan satu kes di mana seorang bayi berusia 38 hari didapati mengalami usus bengkak dan tersumbat yang memerlukan bayi berkenaan dibedah segera.

Pada awalnya, ibu kepada bayi berkenaan dikatakan datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan sedut kahak kerana bayi dikatakan selesema. Namun hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi itu tidak selesema, sebaliknya ada perkara yang pelik iaitu bayi berkenaan terlihat kembung.

Walaupun begitu doktor memberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan kerana menurut si ibu, anaknya hanya minum susu badan sepenuhnya.

Namun siapa sangka, selepas beberapa hari, ibu kepada bayi berkenaan datang sekali lagi untuk membuat pemeriksaan dan selepas diselidiki rupa-rupanya bayi berkenaan ada diberi kurma yang sudah dikunyah.

Kejadian itu diceritakan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Hannani Kamarudin di laman sosial TikTok.

“Kita perasan bayi ini ada masalah kembung. Bila saya tanya, dia kata bayi tak ada masalah membuang. Muntah pun biasa sahaja, tak ada demam. Tapi bayinya menangis sahajalah. Tak boleh letak. Dia full breastfeed jadi kita tak risau sangatlah.

Baca Artikel Penuh