“Doktor kerajaan ni ada kuota MC ke?” – Netizen persoal susah nak dapat sijil cuti sakit

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan orang yang tidak berkemampuan akan cuba untuk ke klinik kerajaan bagi mendapatkan sijil cuti sakit.

Namun jika dilihat dari dulu hingga sekarang amatlah susah untuk mendapat medical certificate (MC) atau sijil cuti sakit daripada doktor di klinik kerajaan.

Tular satu luahan seorang doktor kerajaan menerusi pengguna X @meinmokhtar yang meminta orang ramai untuk makan panadol jika demam sebelum datang ke klinik.

“Esok Isnin (luahan pada 1 Disember), boleh tak suruh mana yang rasa nak demam tu makan panadol malam ni, baru datang minta MC esok,” jelasnya dalam luahan tersebut.

Rata-rata netizen mempersoal sama ada setiap doktor di sana mempunyai had untuk memberikan MC kepada pesakit luar.

“Ini soalan serius, doktor kerajaan ni kena potong gaji ke untuk setiap MC yang dia bagi?

“Pernah demam teruk dan cuti tahunan tak banyak jadi mintalah MC, dia hanya bagi ‘time slip’ sahaja, alasan dia bagi sebab staf dia masuk kerja masa tengah tak sihat.

“Bukan main susah lgi. Aku pernah cirit birit sampai tak larat pergi klinik nak ubat dan MC sekali tapi doktor kata tak payah berlakon, bila tahu aku sakit betul baru dia minta maaf.

“Kalau doktor ni, terutamanya kerajaan, ada kuota ke MC yang dia boleh keluarkan,” antara komen netizen.

Teruk dikecam, doktor tersebut tanpa mendedahkan identiti menjawab bahawa dia sering menerima panggilan dari pejabat mengenai MC yang diberikan.

“Banyak yang tanya kenapa doktor kerajaan kedekut MC, banyak pulak memaki tapi korang tak tau, kita ni banyak kena call dengan bos korang, ditanya kenapa bagi MC, mendapat panggilan pada masa kita tengah cuti pula.

“Kalau setakat nak ambil MC, tak nak ubat, silakan pergi swasta. Tak sanggup bayar swasta, setakat nak bayar RM1 pastu datang twitter cakap doktor bodoh, babi, sial, semuanya ada.

“Dah tak dapat MC, tengking, cakap doktor bodoh, menjerit, menjatuhkan air muka depan pesakit lain. Ya itulah nasib seorang doktor.

“Banyak ya tukang tipu MC, berganti klinik semata mendapatkan MC, ya akhirnya siapa yanbg kena? Doktor tu juga kena tindakan tatatertib,” jelasnya dalam hantaran berbeza.

Baca juga: Khairul Aming buka mulut lepas tular dakwaan pihak catu bantuan banjir diberikannya