Dr Dzul gesa KKM ambil perhatian kesihatan mental mangsa banjir

Oleh NASUHA RAHMAN

Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi perahatian soal kesihatan mental dalam kalangan mangsa-mangsa banjir ketika ini.

Beliau yang ditemui Malaysia Dateline ketika melakukan operasi banjir di Kuala Selangor berkata, selain penyakit berjangkit seperti kolera berlaku pasca banjir, soal kesihatan mental perlu diambil berat.

Ini kerana katanya banjir yang begitu lama sehingga menjejaskan teruk segala harta benda serta perkakas rumah pastinya meninggalkan trauma kepada mangsa.

“Saya menggesa PKD dan KKM mengambil perhatian terhadap kaum ibu atau isteri serta anak-anak walaupun mereka seronok bermain banjir sudah pasti akan timbul trauma dalam diri mereka akibat banjir yang teruk ini.

“Saya harapkan isu kesihatan mental termasuk anxiety, dan kemurungan perlu diberi perhatian bagi memastikan kita tidak berdepan dengan masalah ini di samping pandemik yang masih menular.

Penggunaan waterjet sangat praktikal untuk kerja-kerja pembersihan

“Bilangan harta benda yang musnah tambahan pula tinggal di PPS yang begitu lama semua ini adala tekanan-tekanan yang boleh menjejaskan mental warga Kuala Selangor, juga seluruh Selangor dan negara,” kata beliau.

Pelbagai penyakit yang mungkin akan dijangkiti semasa banjir antaranya penyakit leptospirosis iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria “Leptospira” yang ada dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit.

Sukarelawan serta anggota keselamatan bersama Dr Dzul dalam operasi pasca banjir di Kuala Selangor