Bekas Exco Selangor Dr Halimah Ali dinamakan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia.
Pengumuman itu dibuat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya malam ini.
Pengumuman Halimah adalah kali ke-5 bertanding mewakili Pas. Beliau juga adalah bekas Adun Selat Kelang selama dua penggal.
Kerusi Dun Seri Setia kosong susulan penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu di Hospital Putrajaya akibat penyakit kanser usus.
Ketika berucap, Halimah melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana diberi kepercayaan oleh kepimpinan parti untuk berhadapan dengan cabaran di Seri Setia pada kali ini.

Beliau berkata, walaupun kerajaan PH telah memegang pentadbiran kerajaan di peringkat pusat dan negeri, namun kemenangan Pas kelak di Dun Seri Setia, di lihat akan memberi isyarat kepada kerajaan agar mereka tidak lalai serta mempunyai proses semak dan imbang yang baik.
“Saya memerlukan sokongan daripada semua pihak agar dapat membawa suara pembangkang selepas ini di dewan undangan negeri,” katanya.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyampaikan watikah kepada Dr Halimah sebagai calon PRK Dun Seri Setia.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Prof Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan, Pengarah PRK Dun Seri Setia Salihin Mukhyi, Ketua Muslimat Pas Pusat Noridah Mohd Salleh dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, N Balasubramaniam.
Manakala dari Umno turut hadir Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Cawangaan MIC Padang Serai N Gobalakrisnan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Dun Balakong dan Dun Seri Setia serentak pada Sabtu ini dan hari membuang undi pada 8 September depan.
PKR dijangka akan mengumumkan calon PRK Dun Seri Setia pada esok (Khamis) di lokasi sama pengumuman calon Pas malam ini.
PRK Dun Seri Setia dijangka akan berlaku pertandingan dua penjuru antara PKR dan Pas.
Biodata Dr Halimah Ali:
Pendidikan:
Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tasmania, Australia)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery (Tasmania, Australia)
Diploma Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)
Pengalaman Kerja
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang
Penglibatan Dalam Masyarakat
Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:
Bencana Tsunami, Meulaboh, Aceh
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kampung Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co-Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi doktor undangan untuk program kesihatan di RTM (radio dan televisyen)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kampung Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jalan Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh Dun Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.
Jawatan dalam NGO
2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga Amal Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat (Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu
Penglibatan Dalam Politik
Jawatan dalam parti:
Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Exco PAS Kapar
Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi
Editor risalah Tamil Makkal Sethi