Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan hadir dalam Jelajah Harapan di Melaka pada Ahad ini.
Jelajah Harapan Melaka itu adalah jelajah pertama akan dihadiri beliau selepas pulih daripada rawatan selama seminggu di Institut Jantung Negara (1JN) baru-baru ini.
Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 9 Februari lalu akibat jangkitan kuman di dada selepas mengalami batuk.
Beliau telah membatalkan program Jelajah Semarak 2.0 bersama Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dijadualkan diadakan pada 10 Februari lalu di Bentong Pahang.
Jelajah Pakatan Harapan ini akan turut dihadiri Presiden PH Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.
Program ini akan diadakan di Jalan Sungai Petai Permai Dua Utama, Taman Sungai Petai Permai 2, Alor Gajah Melaka pada 25 Februari, jam 8.00 malam.