Agenda peduli rakyat yang telah sekian lama menjadi rutin, tetap diteruskan seperti biasa oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang juga merupakan calon bagi Parlimen Parit Buntar.
Terkini bersama dengan calon Dun Titi Serong, Muhamad Nakhaei Wahab dan juga calon Dun Kuala Kurau Anuar Ahmad, peniaga dan pengunjung di pasar pagi Pekan Titi Serong serta juga di pasar malam Pekan Batu 5 turut disantuni.
Selain mengunjungi mereka, Dr Mujahid juga mendengar keluh-kesah dan luahan masalah yang sedang dihadapi oleh peniaga mahu pun pengunjung.

Rata-rata mereka menzahirkan mengenai kos harga barang yang meningkat naik sehinggakan pendapatan peniaga serta pembeli turut terjejas teruk dan memberi kesan yang besar kepada kehidupan seharian mereka.
Sejajar dengan itu para pengundi dan orang ramai yang ditemui Dr Mujahid juga diingatkan supaya memberi peluang sekali lagi kepada Pakatan Harapan untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan demi perubahan dan kesejahteraan rakyat.
Caption Photo :Dato Dr Mujahid Yusof sedang menyantuni peniaga dan pengunjung semasa mengunjungi pasar pagi Pekan Titi Serong dan juga pasar malam Pekan Batu 5, Parit Buntar.
