Penampilan pendakwah tersohor Dr Zakir Naik dalam satu audio siar menerusi platform YouTube Dr Richard Lee menarik perhatian ramai.
Beliau antara lain berpendapat Malaysia sebagai sebuah negara Muslim terbaik untuk umat Islam dengan Islam adalah agama Persekutuan serta ekonomi sangat baik tetapi kos sara hidup tidak tinggi seperti negara barat atau negara Arab.
Berikut 10 antara isi kandungan sesi audio siar pertama daripada Dr Zakir Naik seperti dirumuskan Ahmad Zulhilmi:
1) Malaysia adalah negara Islam yang terbaik untuk kehidupan Muslim.
Islam sebagai agama Persekutuan walaupun Muslim hanya 63 peratus, kewangan Islam terbaik, bebas praktis agama cara hidup sebagai Muslim serta mempunyai sistem zakat dan cukai yang baik.
Beliau telah memilih berhijrah ke Malaysia walaupun menerima tawaran daripada 15 negara yang lain.
2) Beliau menghabiskan kehidupan seharian purata 4.5 jam dengan solat, 12 jam berkerja, 2 jam Bersama keluarga manakala tidur hanya 3 hingga 4 jam sahaja.
3) Minimum 54 rakaat solat beliau lakukan dalam seharian. 17 rakaat solat fardhu, 8 rakaat qiamullail, 4 rakaat dhuha, 12 rakaat rawatib, 3 rakaat witir.
4) Beliau cuma bawa kereta Toyota walaupun mempunyai Lambo, Bentley, Maybach dan lain-lain. Tidak nampak elok untuk seorang dai pakai kereta mewah, katanya.
5) Beliau tidak buat duit dengan dakwah kerana beliau ada perniagaan jutaan dollar.
Malah tiket kapal terbang, hotel untuk tujuan dakwah, beliau tanggung sendiri. Beliau mahu mendapatkan pahala tertinggi dengan membiayainye sendiri walaupun penganjur ingin bayarkan.
6) Hidup bersederhana sahaja iaitu lebih kurang 500 dollar sebulan.
Beliau ingin hampir dengan cara hidup Nabi walaupun Islam tidak melarang untuk berbelanja dan bermewah.
Nabi hidup lebih sederhana berbanding kebanyakan kita sebenarnya.
7) Menyuruh anak beliau untuk infaq lebih 51% daripada pendapatan. Beliau kata jangan tanya berapa beliau infaq kerana peratusannya lebih tinggi.
8) Infaq berdasarkan peratusan daripada pendapatan bukan amaun.
Orang yang infaq 500 dengan pendapatan 5,000 lebih banyak berbanding orang infaq 10,000 dengan pendapatan 1,000,000.
9) Allah telah memakbulkan separuh doanya ketika berhijrah ke Malaysia dari Mumbai pada 2006.
Beliau berdoa agar Allah ambil hartanya atas jalan-Nya. Tup tup tup, beliau kena hijrah dengan tinggalkan hartanya di Mumbai.
10) Hobi beliau berdakwah dan beliau merupakan seorang doktor perubatan.
Memang insaf bab hidup sederhana. Saya pun rasa hidup saya lebih mewah daripada kehidupan beliau yang hartawan itu. Jadi, marilah kita ubah cara kehidupan kita mana yang boleh.
Baca juga: ‘Rumah mentua macam tongkang pecah, tak pernah sekali pun adik ipar tolong bersihkan, aku juga…’