DSV ternyata bukan ‘founder kosong’, netizen terkejut dengar Vida berbahasa Mandarin

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menuai perhatian ramai selepas kebolehannya berbahasa Mandarin dengan seorang pramugari China tular di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok rasmi usahawan itu, Vida pada awalnya merakam perjalanan percutiannya yang terkandas di sebuah lapangan terbang di China.

Difahamkan, kapal terbang yang sepatutnya membawa Vida dan anaknya tidak dapat berlepas kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan.

Pun begitu, salah satu video yang memperlihat Vida sedang berbicara dengan salah seorang pramugari membuatkan ramai terkejut.

Ini kerana pengguna media sosial terdengar usahawan itu berbicara dalam bahasa Mandarin.

@datoserividaofficial

Replying to @nuyinnn alhamdulillah dah settle dah boleh naik flight 🤲🏻 #datosrivida #quputehbarulahputeh

♬ Tristeza – Music For Business & Triste

Kebolehan Vida membuatkan ramai terinspirasi dengannya malah ada juga yang memberitahu usahawan itu sebenarnya pernah mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Ipoh, Perak.

“Lah Datuk Seri Vida boleh cakap Mandarin. Terbaik. Bukan biasa-biasa sebab tu ilmu seseorang itu luar biasa,” kata Sabri.

“Lah kan sebelum Datuk jadi jutawan, Datuk Seri kan cikgu Mandarin. Korang tak tahu ke,” komen salah seorang pengguna TikTok.

“Haha benar,” balas Vida.

Baca juga: Tak tahan diboikot, KFC di Algeria buka semula operasi tanpa logo Kolonel Sanders