Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan dua orang lelaki bergaduh gara-gara berebut pengecas elektrik untuk kenderaan mereka.
Menerusi video 26 saat yang beredar di Facebook dan X, pergaduhan itu dipercayai berlaku di China ketika kedua-dua pemilik kenderaan tersebut hendak mengecas kereta elektrik mereka.
Keadaan bertukar tidak terkawal apabila kedua mereka tidak mahu mengalah dan saling berebut ‘nozel’ pengecas hingga salah seorang daripada mereka terjatuh.
Beberapa orang yang berada di sekitar itu turut meleraikan pergaduhan mereka namun tidak berjaya.
Bagaimanapun, pengakhiran pergelutan tersebut tidak dapat dipastikan dan tidak tahu siapa yang akhirnya berjaya guna charger EV itu.
Kereta elektrik atau electric vehicle (EV) kini menjadi tumpuan dunia kerana ia lebih baik untuk alam sekitar, lebih murah untuk digunakan, dan ada yang mempunyai reka bentuk yang unik.
Kos permulaan yang tinggi untuk memiliki kereta elektrik ketika ini membuatkannya lebih sesuai bagi golongan T20 sahaja.
Kereta dengan enjin petrol cuma memerlukan beberapa minit sahaja untuk mengisi minyak, manakala kereta elektrik pula mungkin memerlukan kira-kira 30 minit hingga 20 jam untuk mencapai cas penuh dengan pengecas pantas arus terus (direct current).
Baca juga: Pembekal kedai tomyam bocor rahsia, baru tahu ada petua nak tanam serai gemuk-gemuk