“Dulu Pas belasah MB Selangor, jadi dekat dia terus suruh tutup syarikat” – Netizen geleng kepala dengar jawapan Sanusi

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai pekerja Kedah Agro Holdings yang menuntut syarikat membayar gaji tertunggak dengan anggaran RM560,000.

Hal tersebut diusulkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi satu memorandum untuk membantu pekerja syarikat itu.

Dalam satu video menjawab persoalan tersebut, Sanusi memaklumkan tidak akan menggunakan duit kerajaan untuk membayar gaji pekerja Agro Kedah.

Malah memaklumkan keputusan terbaik adalah untuk menutup sahaja syarikat yang hanya memberikan kerugian selain menyifatkan ia sebagai lintah lapor Berita Harian.

“Saya punya polisi jelas, dah diumum pada 2020 iaitu mana-mana anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang tak boleh menyumbang kepada kerajaan, hisap darah kita tutup tapi tak ditutup.

“Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah,” katanya.

Baca Artikel Penuh