Dulu satu Malaysia kena tipu, sampai bekas PM ucap tahniah, warganet persoal ‘Scammer Nasa’ ada dalam Perdana Fellow

Oleh MAISARAH AISYA

Pada tahun 2020, seorang pemuda berjaya menipu rakyat Malaysia apabila menyatakan dia ‘berjaya’ menerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).

Pencapaiannya itu mendapat perhatian ramai hingga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepadanya.

Sumber: Berita Harian

Azhar kemudian menjelaskan bahawa dia telah ditipu dan mesej tersebut dihantar oleh ‘scammer’.

Difahamkan, Azhar kini merupakan seorang peserta program Perdana untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Seorang pengguna X (Twitter), Arif E. (arfdy12) tampil mempersoal segala pencapaian yang diletakkan Azhar selepas meragui ‘biasiswa NASA’.

Di bawah adalah hantaran tersebut.

Eh? Dulu dia ada tipu pasal NASA tu kan? So macam ada keraguan pasal achievements-achievements tu. Jom kita siasat semasa lunch time ni. Sekejap je kot.

Microsoft Imagine Cup 2021 Runner up?

Untuk Champion, di Menangi oleh Kenya. Pusingan kedua pula, finalis empat teratas lain adalah Amerika Syarikat, Thailand dan New Zealand.

Hanya lima wakil Asia menjadi 12 teratas iaitu India, China, Nepal, New Zealand dan Thailand.

Tak nampak Malaysia ada wakil dalam Finalist, persoalannya dia wakil negara apa pada tahun 2021?

Bank Negara Fiscal Policy Summit 2021.

Tiada carian maklumat mengenai event Bank Negara Fiscal Policy Summit 2021. Ada pihak Bank Negara Malaysia boleh sahkan?

Champion WorldQuant Brain Global 2022 Global Alphathon

Yang menjadi empat teratas pada tahun tersebut adalah team dari universiti-universiti di Vietnam, China dan South Korea Tak nampak mention of team dari Malaysia.

Harap ada clarification dari pihak sana. Mana tau, dia ada bertukar kewarganegaraan atau tiba-tiba jadi wakil negara lain. Husnudzon.

Bukankah setiap individu yang memohon jawatan disemak segala pencapaian yang ada, apatah lagi pertandingan diadakan bukan calang-calang.

Baca juga: Muhammad Zaman Goh meninggal dunia, Malaysia ratapi pemergian pembaca berita