“Eh Umrah? Tak bagitahu mak…?”, Datin Shahida pergi buat Umrah tak ‘inform’ Bonda Rozita undang spekulasi netizen

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida memuat naik perkongsian menggembirakan, memaklumkan bahawa dia sedang berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Menerusi entri tersebut, Shahida memuat naik gambarnya bersama anak bongsu di dalam pesawat. 

Apa yang mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim kerana terkejut keberangkatan menantunya itu langsung tidak diberitahu.

“Eh Umrah? Tak bagitahu mak elok bersembang dengan mak pagi tadi?,” demikian komen bonda Rozita di ruangan komen Instagram Shahida.

Komen Bonda Rozita itu dibalas oleh Shahida mengatakan dia tidak sempat untuk memaklumkan kerana kelam kabut dengan acara di pagi hari.

“Ya Allah lupa, tak sempat pagi tadi ada (siaran) Wow Shop. Kelam kabut,” katanya.

Hubungan Bonda Rozita dengan menantunya yang satu itu tidak perlu diperkatakan lagi. Memang erat dan ditatang seperti anak kandung sendiri.

Bagaimanapun selepas Shahida dikatakan tidak memberitahu orang tuanya terlebih dahulu sebelum menunaikan umrah, ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Pelik benar anak menantu lupa nak bagitahu pergi umrah. Mungkin sebab pergi umrah macam dah biasa macam pergi mall tu yang sampai lupa nak bagitahu,” komen netizen.

“Benda pergi umrah ni bukan perkara kecil. Pelik bila kata lupa nak bagitahu. Tapi mungkin betul lah kot lupa. Manusia sifatnya pelupa,” komen yang lain.

Namun ada juga yang meninggalkan nasihat agar tidak mencampuri urusan keluarga usahawan itu.

Baca juga: Pelajar jadi jutawan segera lepas RM4.8 juta silap masuk dalam akaun, ‘kantoi’ kerana tinggal resit baki di kedai