Elaun pasukan bomba sukarela naik daripada RM1,500 kepada RM3,000

Oleh MALAYSIADATELINE

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan mengumumkan kenaikan elaun khas kepada pasukan bomba sukarela daripada RM1,500 kepada RM3,000 tahun ini.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata peningkatan elaun sebanyak 100 peratus itu adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada 357 pasukan bomba sukarela di seluruh negara yang menjalankan kerja secara sukarela tanpa gaji dan elaun.

“Kita akan mempertimbangkan untuk peningkatan (elaun) lagi pada tahun hadapan bergantung kepada keadaan kewangan negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling di sini, hari ini.

Baca Artikel Penuh