Siapa menyangka kawan baik sendiri sanggup mengkhianati kepercayaan apabila berdua-duaan dengan suami di tempat tertutup.
Susulan isu panas melibatkan dua pelakon, pengarah Ellie Suriaty menganggap Ruhainies sebagai tidak beradab.
Menurut Kosmo! Online, Ellie meninggalkan komen di satu Instagram portal hiburan mengenai Ruhainies yang sanggup melakukan perkara sedemikian tanpa berfikir panjang.
“Tidak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali.
“Kawan baik itu langsung tidak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim daripada seorang kawan baik,” tulis komen Ellie di portal tersebut.
Jangan salahkan Bella
Ketika ramai pihak menyalahkan Bella kerana masih memaafkan suami, Ellie melihat ia adalah lebih kepada kesabaran seorang isteri.
“Kasihan Bella, orang sana sini kecam dia sebab selalu bagi peluang pada suami walau dicurangi berkali-kali.
“Ini bukan sebab bodoh atau tak fikir waras, ini kerana seorang isteri yang sabar ada ganjaran pahalanya.
“Bella seorang isteri dan ibu yang baik serta bertanggungjawab. Biarlah dia buat keputusan sendiri dengan mengadu kepada Allah melalui solat hajat dan istikharah.
“Siapa pula kita orang nak menghentam dia sebab selalu ‘back up’ suami,” tulisnya.
Pelakon perlu jaga batas pergaulan
Tambah Ellie, pelakon seharusnya menjaga batas agar tidak timbul perasaan tidak sepatutnya apatah lagi bila bergandingan dengan mereka yang sudah berkahwin.
“Itu jenis kawan yang tiada perikemanusian, tiada hati perut. Sangat biadab perangainya muat naik video mesra luar biasa di lokasi penggambaran, ‘feeling-feeling’ dengan suami kawan baik.
“Selalunya kami yang bekerja dalam industri, jaga ruang dengan rakan pelakon terutama pelakon lelaki itu suami kepada kawan baik sendiri. Siapa pula yang ajar kena propa konon-konon nak kena ‘feel’ terlebih antara dua orang hero dan heroin?
“Yang ‘feel’ terlebih itu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil kau aku, tapi bila kamera ‘roll’, bukan personaliti diri kita yang take over the role.
“Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi, tapi watak ke laut. Saya seorang guru lakonan,” ujarnya.
Baca juga: “Tak sampai 3 jam pun”, Ruhainies akhirnya jawab tuduhan khalwat dengan Aliff Aziz