Era Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum berakhir seperti didakwa oleh Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Malah kenyataan tersebut adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, sedangkan pada hakikatnya Anwar masih lagi diterima sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) oleh pimpinan kanan PH seperti Presiden AMANAH, Mohamad Sabu maupun Setiausaha Agung Dap, Lim. Guan Eng.
Menurut Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, kemelut politik hari ini sebenarnya bukan disebabkan kepimpinan Anwar, sebaliknya perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Kekalahan PH dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak tidak boleh digunakan sebagai ukuran populariti Anwar dan sekiranya berlaku peralihan kuasa kepada Anwar pada awal 2020, sudah pasti kerajaan PH akan kekal sehingga kini serta menunaikan janji manifestonya.
“Orang ramai yang berhimpun telah pun diberi taklimat mengenai situasi semasa negara ketika ceramah dan tiada tokoh yang lebih berpengaruh daripada Anwar dan sudah pasti setelah ceramah umum dibatalkan maka pengaruh Anwar dan seterusnya PH juga akan pudar.
“Sepatutnya Mukhriz membuat kajian berhubung perkara tersebut sebelum. membuat kritikan. Seharusnya ia sedar bahawa beliau mendapat kelebihan dalam PRU yang lalu adalah hasil tindakan PH mengumpul sokongan rakyat melalui beberapa siri ceramah umum dan pengaruh Anwar tidak berkurangan dan tetap layak dicalonkan sebagai PM ke-10,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Tambah Johari lagi, kepimpinan Tun Mahathir telah tenggelam dan jauh dari hati penyokong PH serta rakyat apabila beliau gagal menyerahkan kuasa kepada Anwar pada tahun 2020 serta tindakan tersebut telah memusnahkan harapan rakyat.
Sehubungan itu saran beliau, Pejuang perlu membuat kajian impak untuk muncul sebagai parti yang bertaring dalam PRU yang akan datang.