Peminat yang terlalu obses dengan artis dilihat semakin menjadi-jadi menyebarkan berita tidah sahih di sosial media.
Timbul ura-ura yang menyatakan penyanyi Ernie Zakrie mempunyai hubungan sulit namun hal itu disangkal suaminya yang juga penyanyi Syamel.
Sebelum ini, Ernie mendedahkan dia berdepan gangguan daripada seseorang sejak bertunang dengan Syamel empat tahun lalu sehingga selepas mereka bergelar suami isteri.
Menurut Kosmo! Online, Syamel bagaimanapun tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan menganggap peminat tersebut hanya terlalu obses.
“Mungkin orang itu terlampau meminati kami dan menganggap kami kepunyaan mereka, cuma harapnya jangan ada yang percaya melulu,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Tak akan ambil tindakan undang-undang
Pada masa sama Syamel memaklumkan dia dan Ernie tidak mahu bersemuka dengan individu tersebut atau mengambil tindakan undang-undang.
“Sejujurnya saya dan isteri tak nak ambil tahu atau layan orang sebegini sebab merasakan dia tak layak pun dapat sebarang komen mengenai gangguannya terhadap kami.
“Bukan sahaja berjumpa, kami juga tidak nampak keperluan mengajukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana dia juga tak layak untuk membuang masa kami.
“Jika dibawa ke muka pengadilan, tentu saja menuntut komitmen tinggi. Jadi bagi saya, dia memang tidak boleh diberikan perhatian sesiapa,” tambahnya.
Ernie turut menyifatkan individu tersebut berkemungkinan mempunyai masalah mental dan cemburu akan perkahwinannya bersama Syamel.
Baca juga: “Tidak tertulis nama Noh”, rupanya ini sebab Mizz Nina tarik kes hak penjagaan Musa