Sebelum ini pelakon, Farid Kamil mendakwa sudah memberikan lapan bentuk cincin buat isterinya yang juga pelakon, namun kenyataan itu disangkal Diana Danielle.
Menerusi akaun Instagram, Diana mendakwa tidak selesa akan pemberian tersebut namun tidak mahu mengeluarkan kenyataan.
“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu.
“Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya.
“Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” katanya dalam hantaran di Instagram semalam.
Diana turut berpesan kepada suaminya untuk tidak menggunakan dua anak mereka sebagai perantara untuk menyerahkan sebarang pemberian kepadanya.
“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya.
“Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya.
“Kini orang awam mengetahui mengenainya dan tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” ujarnya.
Baca juga: Farid risau isterinya akan dilaknat, minta bertaubat sebelum terlambat