Siapa yang tidak kenal pelakon yang pernah menempa nama di Malaysia, Fathia Latiff. Pernah terlibat dengan beberapa kontroversi hangat sebelum ini, netizen terkejut dengan penampilan wajah baharu Fathia.
Seperti bukan wajah asalnya, jelas Fathia dia tidak kisah dengan bualan ramai netizen yang mempersoalkan rupanya yang terkini.
Jelasnya seperti dipetik Hibglam, faktor utama yang merubah wajahnya adalah faktor umur. Tambahnya lagi dia tidak pun rasa marah dengan apa yang diperkatakan kepada dirinya di luar sana.
“Itu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah.
“Saya tidak marah pun orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” katanya.
Fathia juga mengaku dia ada melakukan sedikit rawatan untuk mengekalkan kecantikan.
“Saya ada ‘eye bags’ dan ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” katanya seperti dipetik Hibglam.
baca: “Isteri, Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya” – Ridzokumura