Feri percuma selama setahun mulai 1 Januari 2022

Oleh KIM SYAZIE

Pembiayaan tambang feri percuma bagi pejalan kaki warganegara Malaysia akan disambung sekali lagi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mulai 1 Januari 2022,

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khil Johari dalam kenyataannya hari ini berkata inisiatif ini sebenarnya memberi manfaat termasuk bagi warga emas, orang dewasa, kanak-dan juga golongan kurang upaya serta ibu mengandung.

“Pembiayaan tambang feri percuma ini akan disambung setahun lagi mulai 1 Januari 2022 sehinggalah pada 31 Disember 2022.

“Malahan Penang Port Sdn Bhd turut menyediakan, ‘shuttle van’ percuma bagi golongan warga emas, orang kurang upaya serta ibu mengandung.

“Penumpang hanya perlu membawa MyKad sahaja dan perlu menyentuh peranti pengimbas yang telah pun disediakan bagi mendapatkan tiket feri percuma sebelum menaiki feri ,” ujar beliau ketika meninjau perkhidmatan feri tersebut di Pengkalan Sultan Abdul Halim di Seberang Perai dan Jeti Swettenham di sebelah Pulau.