Bersempena cuti penggal persekolahan Floria Diraja Putrajaya 2022 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad, 11 September.
Apa yang menarik, tiket masuk ke festival itu adalah percuma mulai esok bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke festival ini.
Dengan kemasukan secara percuma ini, Putrajaya menyasarkan 100,000 pengunjung hadir untuk tempoh lima hari pelanjutan ini.Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Pelbagai aktiviti menarik akan diteruskan termasuk cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal pada hari terakhir Floria Diraja Putrajaya 2022, selain persembahan daripada kumpulan busker.
Terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan.
Antara komponen yang terdapat di festival itu ialah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.