Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang mulai 22 Feb ini

Oleh MALAYSIADATELINE

Selepas tiga tahun ditunda berikutan pandemik COVID-19, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 akan diadakan di Bukit Layang-Layang di sini mulai 22 hingga 26 Feb ini.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) Datuk A. Rahim Nin berkata festival kali ini bakal disertai 110 peserta dari 40 negara termasuk empat penyertaan baharu melibatkan Isle Of Man, Ireland Utara, Republik Czech dan Tahiti.

Beliau berkata festival memasuki usia Jubli Perak itu bertemakan Layangkasa Dinamik, dijadual dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 25 Feb, dengan jangkaan kira-kira 350,000 pengunjung.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk menaikkan 25 wau tradisional Malaysia secara serentak oleh 25 peserta antarabangsa dengan memakai busana tradisional negara bagi pengiktirafan Malaysia Book Of Records,” katanya pada sidang media Prapelancaran FLLSPG ke-25 di sini, semalam. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar.

Antara Wau tradisional yang akan dinaikkan ialah Wau Merak, Wau Bulan, Wau Puyoh, Wau Kucing, Wau Helang, Wau Jalabudi, Wau Pungguk, Wau Kangkang, Wau Seri Bulan, Wau Helang Sapir dan Wau Kapal.

Baca Artikel Penuh