Perkahwinan pempengaruh Nur Afilah Amir Rusdi bersama suaminya Adama Muhamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika Barat kini sudah pun menjangkau usia enam tahun.
Pada Mei tahun ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Assara Adama Camara.
Namun baru-baru ini menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok, Fila tampil menjawab salah satu komen daripada seorang warganet yang bertanya mengapa wajah anaknya tidak serupa seperti suaminya, Adama.
“Kenapa baby Fila langsung tak ada rupa Adama?,”.
Tidak melatah, Fila kemudian mempertahankan bahawa wajah anaknya jika dibandingkan dengan gambar Adama, sebenarnya sangat serupa.
“Soalan pun, macam kita tuhan pula. Manalah kita tahu, itukan semua ciptaan Allah.
“Tapi siapa cakap tak sama? Letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik je,” balasnya.
Sementara itu di ruangan komen, pengguna TikTok memberitahu bahawa wajah bayi akan berubah-ubah ketika proses tumbesarannya dan pada waktu itu mungkin lebih jelas kelihatan menyerupai ayahnya.
Baca juga: “Bekas isteri pernah mengamuk sebab aku kejut bangun solat, sejuk hati bila isteri baru lebih taat…”