Fitnah LGBT : Razman mohon maaf kepada Anwar

Oleh MALAYSIADATELINE

Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Razman Zakaria selesai apabila Pesuruhjaya PAS Perak itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.

Saman berkenaan berhubung ucapan Razman yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu membawa agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Razman selaku defendan tunggal, yang membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin berkata ucapannya itu telah menyinggung perasaan dan memfitnah Anwar.

“Saya ingin menzahirkan bahawa ungkapan saya telah mencetuskan keburukan moral dan menjejaskan reputasi baik Yang Amat Berhomat (Anwar) serta menyebabkan rasa malu, kerosakan dan kesusahan yang teruk dan tidak terukur.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menarik balik semua fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepada Yang Amat Berhomat dan menyatakan kekesalan serta permohonan maaf saya yang tidak terhingga atas ungkapan tersebut. Saya berjanji tidak akan mengulangi ungkapan itu dalam apa jua bentuk, cara atau sebagainya pada masa hadapan,” katanya.

Mahkamah kemudian merekodkan penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua pihak.

Baca Artikel Penuh