Bank Negara Malaysia dalam satu perkongsian di Twitter semalam memberi peringatan kepada semua untuk berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana.
Apa yang membuatkan amaran tersebut menjadi bualan ramai adalah apabila BNM menggunakan paparan kutipan dana Misi Farms yang dilancarkan oleh misirakyat.
Amaran tersebut dilihat seolah dituju kepada misirakyat yang sebelum ini mempunyai ‘track record’ mengumpul dana membantu perubatan anak-anak yang sakit kritikal.
Perkara ini sekaligus menarik perhatian Founder misirakyat dan memaklumkan akan segera berjumpa pihak BNM.
“Terima kasih atas perhatian pihak BNM, saya akan datang ke BNM untuk membuat penjelasan dan mohon bantuan BNM untuk rakyat bantu rakyat. Mesti ada yang saya terlepas pandang. Jadi saya kana datang untuk berbincang very soon,” kata Founder misirakyat.
Founder misirakyat yang dikenali sebagai Nur Ahmad Faiz dalam pada itu turut menegaskan pihak BNM tidak memberikan sebarang notis kepadanya.
Menerusi hantaran terbaru, Founder Misi berkata, dia akan memulangkan semula wang derma yang disalurkan orang ramai kepada Misi Farms.
Katanya, selepas ini dia akan menggerakkan Misi Farms menggunakan duitnya sendiri
“Bank Negara dah bagi hint tanpa notis. Screenshot Misi Farms dan buat awareness pada orang ramai bahawa Misi berpotensi scammer.
“Its ok, sy sudah baca variasi ini.. BNM cuma jalankan tugas untuk jaga rakyat. Memang benar ramai scammer zaman sekarang ni.
“Malam ni saya akan refund semula semua duit penyumbang ke wallet misi masing-masing. Tabung akan jadi RM0.00 malam ini
“Bagaimana dengan Misi Farms? How? Saya akan bina sendiri hub rakyat ini dengan duit perniagaan saya.. dan kembangkan hub ke seluruh Malaysia cara saya berniaga,” ujarnya.
Baca juga: Dah macam sewa jet peribadi, lelaki sanggup tunggu ‘flight delay’ 18 jam, siap dapat upgrade tiket